RAHASIA KAF 40
Hizbul Kaf atau
Hizib Kaf Empat Puluh ini adalah antara amalan rahsia orang-orang tua kita
dahulu. Ianya ibarat berlian segunung, sangat berharga dan menjadi buruan
penuntut ilmu hikmah pada zaman sekarang, kerana bukan senang untuk mencari dan
menemukan orang yang memiliki hizib ini. Jikalau dapat bertemu pun, belum tentu
dia akan diajar dan diijazahkan. Hal ini kerana sudah menjadi resam orang-orang
tua melayu, “meletakkan sesuatu yang berharga, biarlah kena pada tempatnya”,
kerana takut ilmu itu disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Lebih-lebih lagi pada zaman yang serba moden dan canggih ini, ramai manusia
yang dengan terlalu mudah membuat penilaian dan melabelkan ilmu hikmat dengan
ilmu sesat, ilmu hitam, sihir, syirik dan pelbagai lagi tuduhan dan tohmahan
yang tidak bertanggungjawab. Walhal dia sendiri tidak tahu dan tidak
menyelidiki apakah hakikat ilmu yang dilabelkan dengan sesat itu. Maka jadilah
orang yang tidak belajar dan mengetahui hal ilmu kerohanian dan hikmat, membuat
penilaian yang bukan-bukan berbanding dengan orang yang belajar dan
mengetahuinya.
Kaf empat puluh
ini ada mempunyai empat puluh khasiat dan kegunaan. Bahkan khasiatnya dikatakan
lebih dari itu. Hizib ini mempunyai beberapa riwayat yang sedikit berbeza,
tetapi jumlah huruf kafnya tetap cukup empat puluh. Bahkan ada yang sampai lima
puluh kafnya. Sebelum mengamalkannya adalah lebih baik kita mengambil ijazah
dahulu daripada ahlinya.
Kata orang-orang
tua Kelantan, Hizib yang berbahasa Suryani ini adalah ilmu Rijalul Ghaib. Hizib
ini 80% hampir sama dengan hizib Nabi Nuh. Kalimat-kalimatnya mirip seperti
sebuah syair kuno yang amat sukar untuk diterjemah dan difahami. Namun begitu,
supaya mujarab dan cepat mustajabnya, hendaklah diamalkan setiap hari
berturut-turut sehingga sampai empat puluh hari, atau yang sebaiknya
diistiqamahkan sepanjang hayat. Insya-Allah kita sendiri akan dapat merasakan
satu kelainan dan dapat merasakan kekuatan energinya (aura).
Matan hizib kaf
40 tak dapat saya masukkan lagi kerana ada masalah.
Kaifiat Amalan
Amalan sebagai
Wirid
Jika hendak
dijadikan sebagai wirid harian. Sebelum membacanya, hendaklah terlebih dahulu
membaca Al-Fatihah niat hadiah kepada Rasulullah SAW, kemudian membaca Selawat
sebanyak tiga kali dan Ayatul Kursi satu kali. Kemudian barulah kita membacanya
sebanyak tiga kali.
Boleh diwiridkan
secara beristiqamah atau berterusan pada waktu pagi dan petang atau tiap-tiap
kali selepas selesai solat lima waktu.
Amalan Untuk
Riadhah Atau Khalwat
Kaifiatnya seperti
berikut :
Hendaklah berpuasa 3 hari dan mewiridkan kaf
40 sebanyak 7000 kali.
Berwirid bermula dari subuh dan tamat pada
hari ketiga lepas Isyak.
Berwirid hendalah duduk, lebih utama di atas
tanah atau batu. Tidak boleh berdiri semasa beramal.
Tidak boleh berkata-kata dengan sesiapa pun.
Hendaklah berwirid di tempat yang berasingan
atau jauh dari orang ramai (sunyi)
Memasang bau-bauan yang wangi.
Riadhah hendaklah ditamatkan dalam masa 3
hari.
Pada malam terakhir, akan dihadiri Khadam Ayat
Ini. Firasat kita akan dapat mengetahui dan mengesan kehadirannya. Seperti
tubuh menjadi bersemangat, keras, suasana malam berangin, sejuk, pendengaran
akan lebih sensitif. Itu adalah tanda amalan kita menjadi dan telah
berjaya di kuasai. Seterusnya, pelbagai mimpi dan firasat cara-cara pengunaan
ayat ini akan anda perolehi insya-Allah.
Khasiat Kaf Empat
Puluh
Antara khasiatnya
yang dapat saya nukilkan daripada beberapa buah kitab adalah seperti berikut :
(1) Menyerang
musuh.
Jika hendak
menghadap musuh, maka bacalah Kaf 40 ini sebanyak tiga kali di hadapan tangga
dan dihembuskan kekanan, kiri dan hadapan serta genggamkan tangan dan
kancingkan gigi. Kemudian berjalan melangkah barulah dilepaskan genggaman tangan
itu tadi. Maka teruskanlah berjalan. Insya-Allah terpelihara daripada musuh
seteru.
(2) Membutakan
mata musuh
Supaya musuh
tidak dapat melihat kita, maka bacalah kaf ini sebanyak tiga kali dan hembuskan
pada pasir, tanah dan sebagainya. Setelah itu lontarkan pasir tersebut ke arah
musuh. Insya-Allah musuh tidak akan dapat melihat kita.
(3) Musuh
berlawan sama sendiri.
Bacakan kaf ini
sebanyak tujuh kali dan hembuskan pada pasir, kayu, tanah atau sebagainya.
Kemudian lontarkan ke arah musuh. Insya-Allah mereka akan berlawan dan berlaga
sesama sendiri.
(4) Kelimunan.
Jikalau musuh
terlampau ramai, maka bacalah kaf ini sebanyak bilangannya iaitu empat puluh
kali pada pasir, tanah, batu, kayu dan sebagainya. Kemudian lontarkan ke arah
musuh, nescaya gelap gelitalah pandangan mereka insya-Allah.
(5) Menawarkan
Bisa-bisa senjata atau sengatan binatang.
Jika terkena
bisa-bisa senjata atau binatang, kaf ini hendaklah dibaca sebanyak tiga kali
dan dihembus serta diludahkan ke tempat yang terkena itu. Insya-Allah hilang
dan turunlah bisa-bisa itu.
(6) Perempuan
lekat uri.
Jika perempuan
lekat uri atau mati anaknya di dalam perut, maka bacakan kaf ini sebanyak
sembilan kali pada air di dalam tudung periuk tembaga atau pada minyak tanak.
Kemudian diberi minum sedikit dan dihembuskan kepada perut perempuan itu.
Insya-Allah Taala keluarlah uri atau anak itu.
(7)
Memperbanyakkan air susu.
Jikalau perempuan
kurang air susunya, bacakan kaf ini sebanyak tujuh kali pada air kemudian
sapukan dengan sisir dan diurut-urutkan susunya itu. Insya-Allah susunya akan
bertambah banyak. Atau dijampikan pada jantung pisang kelat. Kemudian direbus
dan diberi makan kepada perempuan yang bersalin itu, maka susunya akan
bertambah.
(8) Menghalau
pelesit.
Bagi orang yang
kerasukan syaitan, hendaklah dibacakan kaf ini sebanyak tiga kali pada lada
hitam yang dipecah-pecahkan sedikit atau dibelah dua. Kemudian letakkan di
sebelah atas dan di sebelah bawah ibu jarinya serta dipicit-picit dan ditekan.
Insya-Allah akan keluar.
(9) Menahan
darah.
Barangsiapa yang
luka dan banyak keluar darahnya, bacakan kaf ini sebanyak tiga kali dan
dihembus serta diludahkan pada tempat luka itu tadi, nescaya darahnya akan
berhenti insya-Allah taala.
(10)
Menghilangkan Bisa-bisa binatang.
Jika kita
disengat lipan, kala, jengking, ular dan sebarang binatang yang berbisa,
samaada yang di darat atau di laut. Hendaklah membaca kaf 40 ini dengan segera
dan serta merta selepas disengat itu tiga kali dan dihembus serta diludahkan
pada tempat yang disengat. Insya-Allah bisa-bisa itu akan hilang dengan segera.
Molek juga dibaca pada air garam dan disapu pada tempat itu.
(11) Menjauhkan
bahaya dan gangguan hantu puaka.
Bacalah kaf ini
tiga kali ketika hendak tidur, insya-Allah selamat sejahtera dalam perlindungan
Allah Taala daripada gangguan dan kekacauan hantu puaka itu. Kalau dibaca kaf
ini di tempat yang keras atau berpuaka, insya-Allah sejahtera dari gangguan
mereka dan hal ini telah beberapa kali dicuba dan terbukti.(Ada satu hikayat)
sewaktu Jepun menjajah Tanah Melayu suatu ketika dahulu, ramai orang yang
keluar berniaga ke Bangkok dengan kapal layar atau tongkang. Semasa dalam
pelayaran di tengah laut tiba-tiba muncul tiga jenis warna api menghampiri
tiang layar. Setelah dilihat oleh anak-anak kapal nyatalah api itu adalah
hantu. Jikalau api itu terjun turun ke atas kapal, pastinya kapal itu akan
tembus. Semua anak-anak kapal terperanjat dengan kemunculan 3 jenis api itu
tadi, lalu membaca beberapa ayat untuk menghalau hantu jembalang, namun api itu
tidak juga terpadam. Maka dibacanya pula akan hizib kaf ini, belum lagi habis
hizib ini dibaca, api itu pun terus terpadam. Akhirnya baru lah mereka sedar
akan kelebihan kaf empat puluh ini.
(12) Sakit mata.
Bacalah Kaf ini
lima kali dan hembuskan ke mata yang sakit itu selama tiga atau tujuh pagi.
Serta dibuat sedikit air tawar untuk diminum dan dilumur pada mata yang sakit
itu. Insya-Allah akan segera sembuh
(13) Terkena
lintasan atau sawan.
Bacalah kaf ini
tujuh kali pada orang yang terkena lintasan hantu syaitan atau pada kanak-kanak
yang sawan dan timang-timangkan kanak-kanak tersebut. Insya-Allah selamat.
(14) Penawar
demam.
Baca kaf ini
tujuh kali pada air kelapa muda dan diberi minum kepada orang yang demam.
Insya-Allah akan segera sembuh.
(15) Kuat Badan.
Sesiapa yang terasa
lemah badannya, hendaklah membaca kaf ini tiga kali kemudian disuhud atau tarik
nafas dalam-dalam. Insya-Allah kuatlah badannya. Tetapi petua ini tidak boleh
dilakukan kerap kali. Hanya jarang-jarang ketika terdesak sahaja.
Dan dilarang sama
sekali melakukannya bagi orang yang dibawah umur 25 tahun, kerana takut
kepanasan.
(16) Tuju demam
kura.
Bacakan kaf ini
sembilan kali pada orang yang demam kura. Mulakan dengan bacaan Al-fatihah,
selawat tiga kali dan buatkan rajah Lam Alif dengan kapur pada perutnya.
Kemudian tekan dengan ibu jari pada lubang rajah Lam Alif itu serta
dipulas-pulaskan. Lakukan pengubatan ini sampai tujuh pagi insya-Allah sembuh.
(17) Menumbangkan
Tiang Kayu berpenunggu.
Bacalah kaf ini
tujuh kali serta ayat ( Walaqad fatannaa Sulaimaana Wa alqaina ’ala kursiyyihi
jasadan tsumma anaab ) tujuh kali dalam keadaan mengelilingi pokok atau tiang
yang hendak ditebang itu, nescaya larilah hantu syaitan, jin yang menjadi
penghuni tiang itu tadi. Maka selamatlah kita daripada gangguan dan kejahatan
mereka.
(18) Sakit
pinggang
Jika sakit
pinggang, bacalah kaf ini tujuh kali pada tiap-tiap pagi. Apabila sampai kepada
tempat syaja’nya itu, kepala lutut hendaklah dipalu atau dipukul dengan tangan,
manakala tangan yang sebelah lagi hendaklah memalu atau memukul pinggang
sejatuh atau serentak dengan perkataan kaf itu. Demikianlah lakukan pada lutut
yang sebelah lagi, insya-Allah sembuh.
(19)
Memperbanyakkan makanan yang sedikit.
Baca kaf ini 21
kali pada makanan yang sedikit, insya-Allah akan mencukupi untuk tetamu yang
ramai.
(20) Menjinakkan
binatang liar.
Baca tujuh kali
pada sebaldi air dan diberi minum kepada kerbau atau binatang yang liar,
insya-Allah ia akan menjadi jinak. Atau dimandikan pada kerbau yang beranak.
InsyaAllah susunya akan menjadi.
(21) Pelaris.
Bacalah hizib kaf
ini tiap-tiap hari sebanyak 44 kali untuk melariskan perniagaan kita.
(22) Pengebal
Kata orang,
antara khasiatnya lagi adalah untuk kekebalan kulit dan kekuatan tulang dari
segala jenis benda keras seperti logam. Ilmu kebal secara umumnya bolehlah
dibahagikan kepada tiga jenis :
a. Ilmu Kebal
Defensif ( kebal ketika diserang sahaja).
b. Ilmu Kebal
Atraktif / Demontratif ( khusus untuk demontrasi / dabus, dll ).
c. Ilmu Kebal Pro
Aktif ( boleh dipakai di mana sahaja, tanpa mengira waktu, boleh diperlihatkan
kepada orang ramai. Kekebalannya sentiasa aktif walaupun tidak diserang).
a. Kategori
pertama biasanya daripada aliran ilmu hikmah. Ilmu kebalnya diperolehi melalui
pengisian oleh guru , riadah, pertapaan dan lain-lain. Amalan hizib kaf 40
termasuk di dalam kategori ini.
b. Kategori kedua
biasanya daripada aliran kebudayaan, ilmu-ilmu kedaerahan. Tiap-tiap daerah
memiliki ciri khas ilmu kebal masing-masing. Ilmu itu berasal dari pengisian
oleh guru atau amalan wirid dan riadah
c. Kategori
ketiga inilah yang paling ekstrim, biasanya kekuatan ilmu berasal daripada
mustika alam atau batu permata yang memiliki kekebalan alami seperti rantai
bumi, batu badar besi, besi kuning dan lain-lain. Biasanya kebal kategori ini
sering disalahgunakan oleh orang-orang jahat dan tidak bertanggungjawab.
Diceritakan
bahawa pahlawan masyhur Si Pitung juga memakai hizib kaf 40 ini sebagai azimat.
Menjadikan dirinya kebal dari sebarang jenis senjata. Kata orang, ilmunya itu
dituntut daripada Al Habib Husein Al Idrus. Wallahua’lam.
(23) Pelembut
Besi
Jikalau kita
melakukan riadah hizib kaf 40 ini, pada hari terakhir riadah, kita hendaklah
memegang sebatang besi. Semasa mewiridkan hizib ini kita hendaklah
memicit-micit besi itu. Jikalau besi itu jadi lembut seperti kita memicit
batang lilin, maka itulah tandanya amalan kita telah berhasil dan menjadi.
(24) Orang Gila
Bacalah hizib ini
kepada orang gila beberapa kali sehingga hilang gilanya. Insya-Allah berkat
ikhtiar.
(25) Meredakan
ribut dan ombak besar.
Bacalah hizib ini
tiga kali dan tiuplah ke arah ribut atau ombak besar itu.
Insya-Allah ribut
dan ombak besar itu akan reda.
(26) Hendak Masuk
Hutan.
Jika kita hendak
masuk hutan, bacalah terlebih dahulu hizib ini di tepi hutan sebelum masuk.
Insya-Allah selamat daripada segala kejahatan yang ada di dalam hutan itu.
(27) Perang Sabil
.
Jika berlaku
peperangan, pengamal mampu memimpin 40 orang pengikut dengan selamat pulang dan
pergi. Insya-Allah.
(28) Pendinding
Hizib ini mujarab
untuk dibuat pendinding, samaada daripada kejahatan jin, manusia atau binatang
buas. Lebih utama dibaca selepas Ayatul Kursi lalu ditiup ke tujuh arah dengan
niat memagar diri sejauh mata memandang. Insya-Allah selamat daripada gangguan.
Versi kedua kaf
40
Versi kedua kaf
40 ini ada penambahan pada akhirnya. Menjadikan jumlah bilangan kafnya 55,
berikut adalah matannya :
كفاك ربك كم يكفك وكفة
كفكافها ككمين كنا من كلك
تكر كرا ككر الكر في كبيد
تهك مشكشكة كلك لك الكلك
كفاك مبي كفا الكفي كربتهم
يا كوكبا كنا يهكي كوكب الفلك (ك 40)
ككر يرة كفكم كالكهف فكم لكم
ككأ كائن كبيد يكفي كم الكاف (ك 55)
“ Kafa ka rabbuka
kam yakfika wakifatan
kifka fuha
kakaminin kana min kalakin
takirru karran
kakarril karri fi kibidin
tahki
musyaksyakatan kallak lakil kalak
kafa ka mabi
kafal kafa kurbatuhum
ya kaukaban kana
yahki kaukabalfalak -(kaf40)
kakur yaratin
kaffukum kalkahfi fukom lakom
kaka’ ka i’n
kibidin yakfi kumul kaf ” -(kaf 50).
Penutup
Alhamdulillahi
hamdan katsiran. Wahai saudara-saudaraku. Apabila amalan hizbul kaf ini telah
sehati dan jazam dalam diri kita, maka ia akan menjadi doa 1001 guna mengikut
niat kita insya-Allah.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلي آله وصحبه وسلم
والحمدلله رب العالمين
ILMU
KAF 40
Sebelum
membaca kaf 40
Bacakan
bismillahirahmanirahim 1x
Kalimat
Syahdat 1x, Al fatehah 1x, Selawat 1x,
setelah
itu bacakan ayat kaf 40
'VERSI I
KAFA
KA RABBUKA KAM YAKFIKA WAKIFATAN
KIFKA
FUHA KAKAMININ KANA MIN KALAKIN
TAKIRRU
KARRAN KAKARRIL KARRI FI KIBIDIN
TAHKI
MUSYAKSYAKATAN KALLAK LAKIL KALAK
KAFA
KA MABI KAFAL KAFA KURBATUHUM
YA
KAUKABAN KANA YAHKI KAUKABALFALAK
,VERSI
II
KAFFAKA,
ROBBUKA, KAMYAKFIKA, WAKIFATAN, KIFKAFAHA, KAKAMININ, KANAMIN KALAKIN, TUKIRON
KIRON, KAKARIL KARIL, FIKABADI,TUHKI MUSYAK SYAKATAN, KALAKIN LAKA LUKI, KAFFA
KAMABI, KAFAKAL KAHFI, KURBATUHU, YAKAU KABU, KANA TAHKI, KAUKABIL FALKI,
tarik
nafas terus tahan baca kaf 40 nya 2 kali ditambah sholawat 20 kali,di amalkan
di air yg mengalir.kata yg ngasi ilmu kaf 40 ini berasal dari nabi allah khidir
as,mengenai fungsi dari ilmu ini adalah multifungsi tinggal hajat kita untuk
apa.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar