RUMAH SLAMET
Assalamualaikum.wr.wb
Apabila
kita akan pergi merantau dan mengharapkan agar isteri kita selamat dari
gangguan orang dan selamat dari perbuatan penyelewengan, cukuplah kita berserah
diri kepada Allah S.W.T. Caranya sebelum kita berangkat, letakkan tangan pada
leher isteri seraya membaca Yaa Raqiibu Jalla Jalallaahu sebanyak 7x. Insya
Allah isteri kita akan selamat dari hal-hal yang tidak diinginkan.
Bagi
orang yang hendak berangkat bepergian dan meninggalkan sanak keluarga,
hendaklah ia membaca do’a di bawah kerana menurut riwayat Imam Ahmad yang
bersumberkan dari Ibnu Umar r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. pernah
bersabda: ” Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala apabila dititipi sesuatu,
pastilah dia memeliharanya dengan baik akan titipan itu.”
Ini
do’anya : ASTAUDI’KUMULLOOHUL LADZII LAA TADHII’U WA DAA’I'UHU
Artinya:
” Selamat tinggal, kutitipkan kalian kepada Allah yang tidak pernah
titipan-titipan itu sia-sia, kepada orang yang ia tinggalkan “.
Menurut
riwayat Imam Ahmad yang bersumber dari ‘Usman bin Affan ra., bahawasanya
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda : ” Brangsiapa yang hendak bepergian, jauh
ataupun dekat, kemudian ia berdo’a sebagaimana do’a di bawah maka sudah dapat
dipastikan tidak akan mengalami hal-hal yang tidak disukainya (yakni
diselamatkan dati bencana)”.
BISMILLAAH
AAMANTU
BILLAAH
I’TASHOMTU
BILLAAH
TAWAKKALTU
‘ALALLOOH
WA LAA
HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAAH
Sewaktu
berada di depan pintu lafazkanlah Laa ilaaha illallaah’ dan tatkala melangkah
keluar dari depan pintu amalkanlah yang berikut :
INNAA –
LANGKAH KAKI KANAN
ANNAA –
LANGKAH KAKI KIRI
AAMANA –
LANGKAH KAKI KANAN
Dan
apabila kembali ke rumah hendaklah melafazkan Mohammadar rasulullah di depan
pintu. Yang demikian kata ulama akan membawa berkat dan ketenteraman
Tidak ada komentar:
Posting Komentar